Rasuah masa.

Assalamualaikum

Aku tak faham betol dengan kerani kerani penjawat awam ni la. Walaupun aku salah seorang daripadanya.

Faham tak istilah berkhidmat untuk orang awam, Jadi bukan sahaja kite kena berhemah dengan orang awam, kita kena la juga komited dengan kerja kita. Sayang dengan kerja kita.

Diaorang ni bukan setakat sambil lewa dengan orang awam.tapi selalu buat macam ni

Datang lambat.

Datang lambat. Balik cepat

Tak datang kerja, tak inform dulu.

Asik mc.

Asik EL.

Keluar office lameeeeeeeeee.......

Tido dekat office.

Dan macam macam lagi

Aiyo makcik/pakcik. Tahu tak betapa susahnya kita orang ni nak dapat kerja penjawat awam ni? bersaing dengan ribuan orang dekat malaysia ni tahu tak? Kalau dah tak nak kerja. 

Berhenti!!!!

Menyusahkan orang betol.

Korang tahu tak? apa yang korang buat ni Rasuah masa?

Rasuah masa.

Gaji korang tu tak berkat, bagi pula kat anak2 korang untuk makan hasil gaji tak berkat itu. korang tak takot ke hasilnye nanti?


Ni bukan aku nak tuduh siapa siapa, aku cakap secara keseluruhan... selama 6 bulan aku perhati.. selama 6 bulan aku pegang title penjawat awam ni. 

Manalah, anak2 tak nakal. Tak dengar kata, tak sakit selalu. Lepas tu salahkan takdir, salahkan orang sekeliling. Muhasabah la diri tu... korang bukan makin muda. korang makin tua. umur nak ke kubur tu, makin hari makin dekat.....

Nak murah rezeki, solat~~~


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Dairy saya.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger