Adik, tv, laptop, game, dengki.

Assalamualaikum.

Selamat pagi. sekarang pukul 2 pagi, jadi aku ucap selamat pagi. Pada yang masih belum tido, kita geng! hahaha (mukaddimah la siket... )

Hari ni adik bungsu aku, ala yang anak lelaki tunggal tu. Melancarkan perang tanpa suara pada aku. Aku pelik. Apa salah aku? Aku hulur cokelat pon dia tak nak. Korang bayangkanlah, bila si prebet sapu, dah tak nak sapu. terperanjat cik Non yu...

Aku konfius. Padahal kerje aku pergi kerja  balik kerja online, sampai aku tertido. Bila ingat ingat balik tak ada pulak aku cari gadoh dengan die 2 3 hari ni.

Tadi masa aku suruh dia tukar tv 802, aku nak tengok futsal wanita sukan sea. Tetiba telinga aku menangkap suara sumbang dia.

"Laptop guna, Tv pon nak guna"

Aku seperti ada tanda soal dikepala, dia guna TV dari pagi celek mata, sampai aku balik kerja. aku tak pernah nak komplain. Bila dia main game PS, aku tak pernah pulak cakap nak join ke, nak main pulak ke, takde tau tak de. (aku memang tak suka main game, kecuali starcraft dulu dulu hahahhaa).

Aku just nak tengok TV bila aku balik kerja pon salah ke?

Pasal laptop, bukan aku yang tak bagi dia guna. Umi yang tak bagi, sebab setiap kali dia guna mesti rosak. da 3 kali rosak semua terjadi selepas dia guna.(ade sekali sebab aku... hehehe) tapi 2:1 dia la lagi terok kan, hurm...(geleng kepale...) plus beliau rosakkan laptop aku. menyebabkan dah 3 tahun x hidop. bad record kan dia. ish ish ish (geleng kepala lagi)

Kes yang paling baru, berlaku tak sampai setengah jam ni. Panas macam goreng pisang ni. Korang nak tahu? Ok kita sambung cerita. Lepas je habis Maharaja Lawak Mega, aku yang tengah tengok Running Man beralah sebab dia nak main game.

Ok aku tak kesah pon, masok bilik sambung online. Senang kan Hahaha... Tapi, masalah berlaku bila umi aku keluar dari bilik dia dan membebel pada si adik lelaki yang sedang bermain game. katanya da malam, nanti susah bangun subuh.(kukuhkan alasan umi tu..)

Terdengar lagi suara sumbang.

"Angah tido lambat. Boleh pulak"

Aku yang dalam bilik da berkerot dahi, pe pulak kait nama aku. Aku terdengar umi aku menyambung bebelan beliau...

"Angah tu, bangun sembahyang subuh, pergi kerja. Tido lambat, kemas rumah, lipat baju. Bla bla bla....."

Rasa riak sekejap bile kene puji macam tu. Hahaha... Stop riak, sambung cerita. Aku yang kat dalam bilik ni, diam je la kan. Malas nak amek port.

Sekarang aku tak tahu ape masalah adik aku. pebende yang dia dengki sangat dengan aku, aku pon tak tahu.. huh.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Dairy saya.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger