Macamlah aku ni baik sangat.

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari ni nak bermuhasabah sedikit dengan perangai aku yang macam baik sangat ni. Hendaklah dijadikan cerita, mak cik aku menunjukkan gambar perkahwinan sepasang pelakon. Respon aku.

"Eh, ni budak ni sosial tau..." Aku bersungguh memberi ucapan pendek, dan mak cik aku memberi riaksi pelik dan aku macam...

Macam terfikir, 

sebenarnya apa yang aku nak tunjuk? 

Apa yang aku nak beritahu?

Aku lebih baik dari dia?

Aku tahu segalanya tentang dia?

Siapa dia dengan aku?

Apa salah dia dengan aku?

Atau aku ni sebenarnya cemburu dengan dia?

Bila aku fikir-fikir balik, sebenarnya aku lebih buruk dari 'cerite lama' dia, aku yang membuka cerita lama orang, siapa aku untuk menilai kehidupan seseorang, menilai perihal kisahnya? baik sangatkah aku ni? suci sangatkah aku ni? 

Baju pun masih pakai lengan pendek, masih buat dosa, masih nak pertikaikan hal orang. lihat kaki sendiri dulu, kaki tu masih bertanda bekas kurap, ada hati nak tegur bintat kene gigit nyamuk orang lain.

Huh. Baik sangat ke aku ni? 

Rasuah masa.

Assalamualaikum

Aku tak faham betol dengan kerani kerani penjawat awam ni la. Walaupun aku salah seorang daripadanya.

Faham tak istilah berkhidmat untuk orang awam, Jadi bukan sahaja kite kena berhemah dengan orang awam, kita kena la juga komited dengan kerja kita. Sayang dengan kerja kita.

Diaorang ni bukan setakat sambil lewa dengan orang awam.tapi selalu buat macam ni

Datang lambat.

Datang lambat. Balik cepat

Tak datang kerja, tak inform dulu.

Asik mc.

Asik EL.

Keluar office lameeeeeeeeee.......

Tido dekat office.

Dan macam macam lagi

Aiyo makcik/pakcik. Tahu tak betapa susahnya kita orang ni nak dapat kerja penjawat awam ni? bersaing dengan ribuan orang dekat malaysia ni tahu tak? Kalau dah tak nak kerja. 

Berhenti!!!!

Menyusahkan orang betol.

Korang tahu tak? apa yang korang buat ni Rasuah masa?

Rasuah masa.

Gaji korang tu tak berkat, bagi pula kat anak2 korang untuk makan hasil gaji tak berkat itu. korang tak takot ke hasilnye nanti?


Ni bukan aku nak tuduh siapa siapa, aku cakap secara keseluruhan... selama 6 bulan aku perhati.. selama 6 bulan aku pegang title penjawat awam ni. 

Manalah, anak2 tak nakal. Tak dengar kata, tak sakit selalu. Lepas tu salahkan takdir, salahkan orang sekeliling. Muhasabah la diri tu... korang bukan makin muda. korang makin tua. umur nak ke kubur tu, makin hari makin dekat.....

Nak murah rezeki, solat~~~


Adik, tv, laptop, game, dengki.

Assalamualaikum.

Selamat pagi. sekarang pukul 2 pagi, jadi aku ucap selamat pagi. Pada yang masih belum tido, kita geng! hahaha (mukaddimah la siket... )

Hari ni adik bungsu aku, ala yang anak lelaki tunggal tu. Melancarkan perang tanpa suara pada aku. Aku pelik. Apa salah aku? Aku hulur cokelat pon dia tak nak. Korang bayangkanlah, bila si prebet sapu, dah tak nak sapu. terperanjat cik Non yu...

Aku konfius. Padahal kerje aku pergi kerja  balik kerja online, sampai aku tertido. Bila ingat ingat balik tak ada pulak aku cari gadoh dengan die 2 3 hari ni.

Tadi masa aku suruh dia tukar tv 802, aku nak tengok futsal wanita sukan sea. Tetiba telinga aku menangkap suara sumbang dia.

"Laptop guna, Tv pon nak guna"

Aku seperti ada tanda soal dikepala, dia guna TV dari pagi celek mata, sampai aku balik kerja. aku tak pernah nak komplain. Bila dia main game PS, aku tak pernah pulak cakap nak join ke, nak main pulak ke, takde tau tak de. (aku memang tak suka main game, kecuali starcraft dulu dulu hahahhaa).

Aku just nak tengok TV bila aku balik kerja pon salah ke?

Pasal laptop, bukan aku yang tak bagi dia guna. Umi yang tak bagi, sebab setiap kali dia guna mesti rosak. da 3 kali rosak semua terjadi selepas dia guna.(ade sekali sebab aku... hehehe) tapi 2:1 dia la lagi terok kan, hurm...(geleng kepale...) plus beliau rosakkan laptop aku. menyebabkan dah 3 tahun x hidop. bad record kan dia. ish ish ish (geleng kepala lagi)

Kes yang paling baru, berlaku tak sampai setengah jam ni. Panas macam goreng pisang ni. Korang nak tahu? Ok kita sambung cerita. Lepas je habis Maharaja Lawak Mega, aku yang tengah tengok Running Man beralah sebab dia nak main game.

Ok aku tak kesah pon, masok bilik sambung online. Senang kan Hahaha... Tapi, masalah berlaku bila umi aku keluar dari bilik dia dan membebel pada si adik lelaki yang sedang bermain game. katanya da malam, nanti susah bangun subuh.(kukuhkan alasan umi tu..)

Terdengar lagi suara sumbang.

"Angah tido lambat. Boleh pulak"

Aku yang dalam bilik da berkerot dahi, pe pulak kait nama aku. Aku terdengar umi aku menyambung bebelan beliau...

"Angah tu, bangun sembahyang subuh, pergi kerja. Tido lambat, kemas rumah, lipat baju. Bla bla bla....."

Rasa riak sekejap bile kene puji macam tu. Hahaha... Stop riak, sambung cerita. Aku yang kat dalam bilik ni, diam je la kan. Malas nak amek port.

Sekarang aku tak tahu ape masalah adik aku. pebende yang dia dengki sangat dengan aku, aku pon tak tahu.. huh.


Cerita tentang diri.

Assalamualaikum.

Hi blogers, blog ini adalah blog kedua yang diwujudkan khas untuk aku berceloteh tanpa ada yang mengetahui siapa aku.


Kadang kadang kita lagi senang bercakap, jika orang tak kenal pon siapa diri kita ni. So dengan wujudnye blog ini, aku bole mengutuk orang sesuka hati. Hahaha...

Gurau saja, sebenarnya lebih kepada meluahkan perasaan. Macam yang aku cakap tadi, dengan tidak mendedahkan identiti aku, makanya aku boleh meluahkan perasaan tanpa perlu takot melukakan perasaan orang lain.

Purata pempublishan artikel sehari bergantung kepada berapa banyak tekanan yang aku terima. Sama ada tekanan yang buruk, mahupun yang baik.(tapi rasanya banyak yang buruk. sebab sekarang ni pon aku rase macam nak maki orang. Hahaha...

Cerita tentang diri?

seorang perempuan, berumur 23tahun (lahir tahun 89, nak cakap umor belom genap 24 le tu, hahaha) orang johor, lahir di Pontian, sekarang menetap di Batu Pahat, bekerja sebagai penjawat awam N17 (status kontrak). Cantik. (yang ni aku puji diri aku sendiri. Hahahaha) status politik, Barisan National.

Kalau korang nak cakap blog aku ni blog politik, cakap la... kesah pulak aku kan... hahaha

yang penting inibelogsaya ( H tag Hanis zalikha )  hahahaha

bye.

Powered by Blogger.

Copyright © / Dairy saya.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger