Pontian. Backpacking. Kawan. Happy. Sedih. Part 1.

Aku tak tahu kenapa aku update dekat sini? dan tidak mengupdate di blog utama aku. Tempat yang aku lebih prefer untuk aku kongsi suka duka, detik yang aku rasa penting untuk aku kongsi.


Mungkin kerana aku tak nak dia baca kot... Hahaha.. 

Dia sampai petang sabtu, dalam pukul 3 lebih. Janjinya nak jumpa hari ahad terus dekat pontian. Tapi tak jadi, dia ubah plan masa dalam bus. Nak turun B.Pahat pulak. Aku on sahaja, lagi best ada teman dalam bus dari duduk sorang-sorangkan.

Petang tu, kita orang (which means aku dengan adik aku. Driver. Hahaha) jemput dia dekat bus stand BP. Dari jauh aku dah nampak beliau yang tengah duduk mendengar lagu kot... (aku tak berape ingat dia buat apa. hahhaha) Aku jalan straight kat dia dan berdiri depan dia. Dia angkat muka. 

"Jom la beli tiket untuk esok"
"Hai.."
"Hai... hahaha.. jom jom..."

Aku jadi gugup aku tak tahu nak bagi riaksi mcm mana at the first place. Padahal aku dah rancang ingat nak borak siket sebelum ajak pergi beli tiket. Dah jadi lain, dia terpaksa ikot aku menjelajah bus stand BP mencari tiket ke pontian esok. Hahaha... Macam biase Gelabah tak memasal. Hahahaha....

Sudahnya memang tak ada bus yang direct ke Pontian. nampaknya kena naik bus sangkut sangkut la kan. Dia pon tak kisah, so aku je lah yang kisah ni... Hahaha.. (malas nak tukar tukar bus sebenarnya... Hahaha) 

Kisah dikereta. Dia agak excited jumpa adik aku, jumpa anak buah aku, yang comel macam aku tu. Hahaha... Macam macam cerita mengimbau kisah 13 tahun dulu kita orang kongsi, memang penuh dengan tawa. For me, it was a very priceless moments. 

Berhenti BP mall, jalan-jalan (sementara tunggu dia solat) ingat nak beli something. Tapi tak ado yang bekenan pula... selepas itu (ceh, ayat selepas itu) kita orang pergi KFC untuk mengisi perot kasi buncet. Hahaha

Dan dengan jujur aku mengaku dekat dia. Pengakuan pertama :

"Wei, aku pakai cantik cantik ni. Bukan sebab nak jumpa kau tau.."

Dia gelak kuat. Aku pon gelak juga, sejujurnya aku rasa aku agak cantik hari tu, maksud aku bukan la cantik yang cantik. Maksud aku lebih kepada melawo. Dengan jubah bagai, sejujurnya aku baru kali ke 2 pakai mcm tu. Hadiah bufday untuk diri sendiri, walaupun org nampak biasa biasa. Bagi aku dah cukup lawo dah tu. Sebab aku bukan jenis org yang pakai mcm tu. Hahaha....

Pengakuan ke dua:

"Wei, sorry la tadi kat bus stand, aku jalan menonong je, aku gugup.. Tak tahu nak start borak dengan kau, hahaha"

Dan dia pun buat pengakuan, macam terperanjat bila ada orang berdiri depan dia, and tak ecpect pon untuk aku blah mcm tu. hahaha.. Aku gelak je la kan, seriusly aku sebenarnya rasa mcm nak nagis bila jumpa dia. Ye aku GEMBENG! bio la... Aku da 13 tahun kot tak jumpa dia. rindu. Kalau tak ingat aku dengan dia ni bukan mahram, agaknya aku da pelok dia kot. Hahaha.. RINDU!

Lepas sesi makan makan, aku membawa beliau pergi pasar lambak. Dan beliau excited lagi untuk dengar perkataan pasar lambak. Katanya sebab kat selangor pangil pasar malam. Sebab tu je? Aku pon tak faham. Hahaha... Aku nampak dia mengusha baju jersi JDT. 

Tiba la sesi mengenalkan pada para isi rumah, family aku semua excited. Dah macam jejak kasih dah, nasib umi aku tak nages ke apa ke. (ingat aku sorang je ke GEMBENG? Hahaha..)

Mula bercerita serba sedikit, mengenai keluarganya mengenai kehidupannya sekarang ini, mengenai further study nya. Dan tiba tiba dia terlepas dekat umi mengenai sesuatu yang dia cuba rahsiakan dari semua, yang aku sangat curious sejak akhir akhir ini. (masa ni aku curi curi dengar sebab aku baru keluar bilik air nak solat. Telinga lintah kan... hahaha)

Apa yang aku curious sangat seminggu 2 ni?

Pertama : status pasrah, give up dekat FB

Kedua : Dia call aku minta maaf, dan aku tak tahu apa salah dia pada aku. Ada ke? wei.. kite kan buddies! ape salah salah ni wei.. hahaha

ketiga :  bila dapat call hari khamis, ajak aku pergi pontian hari sabtu. What? katanya ada urusan yang perlu diselesaikan. nak mengimbau semua kenangan. Aku macam lost... Budak ni ok ke tak? 

Than dari hari sabtu, ditunda ke hari Ahad atas alasan yang tidak dapat dielakkan, tak dapat tiket hari jumaat... sebab tu la pengembaraan ini dibuat pada hari ahad.

Malam tu keluar lagi sekali untuk pergi betolkan cermin mata beliau. Yang ni memang kelakar (bagi akulah, tapi sedih untuk dia) lepas solat tu, entah macam mana, bingkai cerimin mata dia boleh tertanggal skru. Aku rasa agak zalim bila mengelakkan beliau. tapi aku gelak juge. Hahaha...

(sebenarnya masa ni, aku nak tunjuk chat aku dengan adik dia, yang dah tahu dia ada dengan kita orang semua. Mungkin sebab nak cepat, nak baca apa yang kita orang borakkan sampai skru cermin mata dia tercabot?? salah aku ke? Hahaha)

Macam biasa, aku ajak pergi makan kedai bubur tanduri yang super sedap!(Bagi aku si penggemar bubur ayam. Hahaha) Makan dan balik.

Sampai rumah aku tukar track, duduk depantv, mengadap adik aku main PS, riba laptop, dan menjalani rutin hari hari on9. Dia keluar dari bilik, berkain pelikat (fuyooooooo.. hahaha...) duduk menghadap TV juga.

Dan dia mula bercerita mengenai segala galanya, mungkin. Dari selepas dia pindah dari pontian, masa tu kita oarang darjah 5 sampai ke sekolah menengah, sampai ke sekolah teknik, sampai ke zaman koleg, sampai masa arwah ayah dia meninggal, dan sampai ke zaman sekarang, zaman dia bekerja, dan kemungkinan besar dapat futher study ke aussie....

Rahsia terbongkar, sepatotnya dia fly ke aussie pertengahan tahun lepas, tapi tak jadi ditangguhkan sehingga march tahun ini kerana visanya sangkut. Kerana doktor dapat detact penyakit lamanya.

Aku terdiam.

Aku tahan air mata. tarik nafas panjang, buang pandangan jauh memandang screen TV. Aku kembali memandang wajahnya, dan dia menyambung cerita, ke arah pekerjaan pula. 

Aku terdiam.

Tabahnya dia menghadapi setiap dugaan. Kisah hidup dia sudah seperti novel, jauh betol kalau nak dibandingkan dengan aku yang masih lagi dalam zon selesa. Banyak dugaan, ujian, cabaran yang dia dah tempuh. Aku bangga dengan kau.

Perbualan kami tu biar la hanya menjadi memori untuk aku. so kita sambung part pengembaraan backpacking hari Ahad, esok ye. byeeeee......

Nota: Beliau kerja denga excellent picture. Jumpa artis kottttt... Perghhhhhhhhh.... aku memang excited lebih bab bab artis ni... Hahaha....

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Dairy saya.

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger